INDAHNYA KEMATIAN


Panggilan
Biarkan aku terbaring dalam lelapku,
kerana jiwa ini telah dirasuki cinta,
dan biarkan daku istirahat,
kerana batin ini memiliki 
segala kekayaan malam dan siang.

Nyalakan lilin-lilin dan 
bakarlah dupa nan mewangi 
di sekeliling ranjang ini,
dan taburi tubuh ini 
dengan wangian melati serta mawar.

Minyakilah rambut ini 
dengan puspa dupa dan 
olesi kaki-kaki ini dengan wangian,
dan bacalah isyarat kematian 
yang telah tertulis jelas di dahi ini.

Biarku istirahat di ranjang ini,
kerana kedua bola mata ini 
telah teramat lelahnya;
Biar sajak-sajak bersalut perak 
bergetaran dan menyejukkan jiwaku;

Terbangkan dawai-dawai harpa 
dan singkapkan tabir lara hatiku.
Nyanyikanlah masa-masa lalu seperti 
engkau memandang fajar harapan dalam mataku,
kerana makna ghaibnya 
begitu lembut bagai ranjang kapas 
tempat hatiku berbaring.

Hapuslah air matamu, saudaraku,
dan tegakkanlah kepalamu 
seperti bunga-bunga menyemai jari-jemarinya 
menyambut mahkota fajar pagi.

Lihatlah Kematian berdiri 
bagai kolom-kolom cahaya antara 
ranjangku dengan jarak infiniti;

Tahanlah nafasmu dan dengarkan 
kibaran kepak sayap-sayapnya.
Dekatilah aku, dan ucapkanlah selamat tinggal buatku.
Ciumlah mataku dengan seulas senyummu.

Biarkan anak-anak merentang tangan-tangan 
mungilnya buatku dengan 
kelembutan jemari merah jambu mereka;

Biarkanlah Masa meletakkan tangan 
lembutnya di dahiku dan memberkatiku;

Biarkanlah perawan-perawan mendekati 
dan melihat bayangan Tuhan dalam mataku,
dan mendengar Gema Iradat-Nya 
berlarian dengan nafasku....

:+: Khalil Gibran :+:

Komentar

Postingan populer dari blog ini

ADAT PERKAWINAN MASYARAKAT LAMAHOLOT

END OF THE SPEAR